Monday, September 29, 2014

Apa itu ANTI-OKSIDA?

Setiap hari sel dalam badan kita akan diserang oleh radikal bebas yang akan merosakkan sel dan akhirnya merosakkan DNA tubuh.

So, how can you protect yourself from these attacks?
- Dengan mengambil pelbagai makanan yang kaya anti-oksida., seperti buah-buhan dan sayur-sayuran hijau.
Makanan yang mengandung antioksidan tinggi
Gambar: Makanan yang mengandungi antioksidan tinggi
Makanan yang mengandung antioksidan tinggi sangat diperlukan tubuh untuk menangkis kesan buruk radikal bebas. Jika seseorang mempunyai kadar antioksidan rendah maka akan mengakibatkan timbulnya berbagai macam masalah kesihatan seperti mudah mengalami stres, terdedah kepada banyak penyakit termasuk penyakit jantung dan kanser. Oleh kerana itu, untuk menjaga tubuh anda tetap sihat dan sistem kekebalan tubuh yang kuat, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi tinggi antioksida seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa jenis Antioksidan diantaranya vitamin A, vitamin C, vitamin E, selenium, beta -Karoten, flavonoid dan polifenol. Nah untuk mengetahui makanan apa saja yang mengandung tinggi antioksidan berikut senarai beberapa makanan yang mengandung antioksidan dan dapat bermanfaat bagi kesihatan anda:
  1. Bawang putih didakwa mampu membantu mencegah pelbagai macam penyakit diantaranya seperti penyakit jantung (termasuk aterosklerosis, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi) dan kanser. Sebuah kajian yang dilakukan di Czech mencari bahawa makanan tambahan yang diperbuat daripada bawang putih boleh mengurangkan pengumpulan kolesterol di dinding saluran darah. dengan mengambil makanan tambahan bawang putih secara signifikan dapat mengurangkan timbunan plak aorta kelinci pada kolesterol.  

  2. Green tea. The Nibble menyatakan bahawa satu hidangan teh hijau mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi dari pada satu hidangan brokoli selain itu teh hijau juga mengandungi bahan-bahan yang meneutralkan radikal bebas berbahaya dalam tubuh. Manfaat Teh hijau sangat banyak sekali untuk kehatan dan merupakan pilihan yang sangat baik untuk orang yang cuba untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan kalori tambahan dari diet mereka.  

  3. Lobak. Lobak mengandungi tinggi beta -Karoten, yang boleh membantu badan anda menghasilkan vitamin A dan melawan sel kanser. Buah dan sayur yang mempunyai warna terang merupakan sumber yang baik dari beta karoten.  

  4. Biji-bijian. Walaupun kandungan antioksida yang terdapat pada biji-bijian tidak setinggi buah dan sayur, bijirin juga merupakan sumber antioksidan yang cukup baik kerana mampu meningkatkan kekebalan tubuh sehingga dapat mencegah timbulnya berbagai macam penyakit khususnya yang menyerang sistem imun. Anda boleh menemuinya di beberapa biji-bijian seperti gandum utuh, roti multigrain, tepung gandum, jagung, pasta dan produk lain.

  5. Strawberry. Strawberry kaya akan kandungan Vitamin C yang merupakan jenis antioksidan yang kuat. Antioksidan dalam buah Strawberry bermanfaat untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas pada kulit dan tubuh. Radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan dan vitamin C berkesan dalam menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas tersebut.  

  6. Buah epal. Epal merupakan salah satu buah sihat yang kaya manfaat. Buah epal sangat sesuai digunakan sebagai salah satu buah untuk diet kerana mengandungi nutrisi yang sangat lengkap.Buah epal mengandungi vitamin dan antioksidan yang dapat menjaga sistem imun bekerja dengan baik. buah epal yang berwarna merah mengandungi antioksidan lebih tinggi dari pada epal hijau.  

  7. Kentang. Makanan yang satu ini dikenal sebagai salah satu sumber serat dan juga karbohidrat.Kentang boleh diproses menjadi pelbagai macam olahan makanan yang lazat. Kentang diketahui selain tinggi serat juga kaya akan antioksidan.  

  8. Coklat hitam. Coklat yang mempunyai warna hitam mengandungi antioksidan yang kuat dan boleh menurunkan tekanan darah anda. Tapi sebaiknya anda harus berhati-hati dalam mengkonumsi coklat kerana sebahagian besar coklat yang dijual sudah dicampur dengan gula atau pemanis yang tidak baik dikonsmumsi secara berlebihan.  

  9. Anggur. seperti halnya buah-buahan lainnnya semua jenis anggur mengandungi antioksidan, namun anggur merah merupakan sumber terbaik antioksian dari jenis lain. Antioksidan dalam buah anggur dipercayai mampu menghalang penyakit kanser dan jantung. Selain itu, antioksidan dalam buah anggur merah ini telah terbukti mempunyai kesan anti - penuaan.  

  10. Blueberry. Blueberry adalah salah satu buah dengan antioksidan yang paling kuat. Setengah cawan buah ini saja boleh menyediakan dua kali ganda pengambilan antioksidan yang normal. Antioksidan dalam Blueberry bekerja untuk pencegahan kanser, kerosakan otak, kolesterol tinggi dan penyakit yang berkaitan dengan usia. Selain itu , blueberry mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat bagi kesihatan.  

  11. Air kelapa. Selain menyegarkan manfaat air kelapa hijau juga sangat banyak sekali untuk kesihatan, air kelapa mengandungi tinggi antioksidan. Selain antioksida air kelapa hijau juga merupakan sumber vitamin B, potasium, enzim, dan asid amino.                                                                             
(sumber dari khasiatmanfaatsehat.blogspot)

Kesimpulannya mengambil makanan yang mengandungi anti-oksida tinggi sangat perlu untuk memelihara kesihatan tubuh badan kita supaya dapat berfungsi secara optimum.

Masalahnya kebanyakan kita sentiasa sibuk atau selalu buat-buat sibuk untuk memastikan pemakanan kita cukup khasiatnya termasuk khasiat anti-oksida ni seringkali terabai.
Tak ramai yang menjadikan buah-buahan sebagai diet rutin, jadi memang kuranglah khasiat anti-oksida dalam tubuh badan kita. Jadi tidak mengejutkanlah bila semakin ramai yang mengidap penyakit jantung, stress dan macam-macam lagi pada usia muda atau seawal 20-an lagi.

Sebenarnya kita boleh mengambil supplement yang mengandungi anti-oksida tinggi jika kita tidak yakin pemakanan kita cukup khasiat yang diperlukan.

Pengambilan supplement secara konsisten boleh meningkatkan tahap kesihatan kita sekaligus mencegah pelbagai penyakit.
Supplement hebat daripada Shaklee boleh membantu melindungi sel badan kita dan meningkat sistem imun  badan.


No comments:

Post a Comment